Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir, tertelungkup, ter­tonggeng; ~-langgang = ~-tenggang a) ber­lari pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling; ~-tunggit = ~-tonggek a) tidak rata (permukaan jalan dll), lekuk-lekak, berjendul-jendul; b) bergerak turun naik (orang berjalan); c) terumbang-ambing (perahu dimainkan gelombang dll); d) menundukkan kepala dan kemudian menegakkannya semula (spt orang sembahyang), tunduk dan tegak semula; ~ buyung pergerakan dlm gimnastik apabila belakang tengkuk berada di lantai, gulingan depan; kuat ~ kuat minum (minuman keras); bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir: tidur ~ kaki ke atas; ~ balik berputar-putar (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir balik; menunggangkan 1. membalikkan (cawan, botol, dll) supaya tumpah isinya, menung­gitkan supaya tumpah, menuangkan, menum­pahkan: ia ~ air yg di dlm baldi itu ke dlm tempayan; 2. = mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan berse­tung­gang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan: di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditung-gangkan ke atas asap sabut kering itu; tertunggang 1. terbalik (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah), terjungkir; 2. tertumpah atau tercurah (sesuatu dr bekasnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terbalik, spt kepala ke bawah dan kaki ke atas (bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas); terjungkir. ~-tunggit a. tidak rata (ttg permukaan jalan dll); lekuk-lekak. b. (dlm keadaan) bergerak turun naik spt orang berjalan. c. terumbang-ambing spt perahu dimainkan gelombang dll. d. tunduk dan tegak semula spt orang bersembahyang. menunggangkan 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. tertunggang1 terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); terjungkir. 2 tercurah isinya dr bekas atau dr tempatnya. bersetunggang berputar balik (ke­pala ke bawah dan kaki ke atas); berjungkir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggang
Kata Terbitan : menunggangkan, mempertunggangkan, tertunggang,

Puisi
 

Sayang Tunggang jauh ke hulu,
     Gunung Gading nampak melintang;
Hatiku bimbang dari dahulu,
     Putih kuning di mana menghilang?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(4)